Dedah butiran parti dadah atau letak jawatan, kata C4 kepada Syed Saddiq


shadow

MENTERI Belia dan Sukan Saddiq Syed Abdul Rahman jika gagal mendedahkan butiran mengenai parti dadah yang melibatkan pegawai khas menteri dan pemimpin Pemuda Bersatu yang diketuainya, kata persatuan sivil.

Pengarah Eksekutif Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkata Syed Saddiq hendaklah mendedahkan nama mereka yang ditahan serta butiran perjanjian yang dibuat pada parti tersebut.

“Jika beliau gagal berbuat demikian, beliau harus meletak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan sumber polis berkata seorang ahli perniagaan dikenal pasti sebagai dalang parti dadah untuk penjawat awam di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang menguntungkan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight ahli perniagaan terbabit menyediakan wanita dan dadah kepada tetamunya, serta menganjurkan sesi berjudi untuk mereka.

Antara wanita yang disediakan untuk sebagai peneman untuk tetamunya ialah seorang pelajar kolej swasta dan warga asing.

Laporan media sebelum ini menyebut antara yang tertangkap ialah Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah, yang juga ketua Pemuda Bersatu Selangor. 

Menyifatkan insiden itu menjelikkan, Cynthia berkata sukar untuk diterima bagaimana seorang wang pembayar cukai kepada kerajaan disalahgunakan.

Beliau turut mengingatkan Syed Saddiq sebelum ini berikrar akan memerangi rasuah dalam kementeriannya.

“Pada 25 November 2019 Syed Saddiq berikrar akan meletak jawatan dari Kabinet jika terbukti menerima perjanjian rahsia untuk diberi kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). 

“Menteri itu juga sebelum ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan seorang pegawai agensi itu di kementeriannya.

“Adakah ini lakonan sahaja?” soal Cynthia.

Tinggalkan komen anda