Kerana nak jadi PM Muhyiddin melutut, hilang satu persatu negerinya


shadow

Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada Umno untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri walaupun kini berdepan dengan kehilangan satu persatu negerinya.

Katanya, Bersatu yang merasakan mereka sebuah parti yang kuat sebenarnya lemah sehinggakan mereka hilang kuasa di Johor, Kedah dan yang terbaharu di Perak.

“Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itu pun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan Umno.

“Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada Umno,” katanya melalui Facebook.

Adly juga berkata, di peringkat awal Langkah Sheraton menggambarkan mereka cerdik yang berjaya mendapatkan kedudukan Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan kemudian kekal di Perak.

“Kemuncaknya adalah apabila mereka berjaya menubuhkan PN dan kejayaan yang terbaru dengan merampas Sabah daripada tangan Warisan,” katanya.

Namun katanya, dalam sistem demokrasi kuasa ditentukan oleh rakyat malangnya kuasa rakyat dikhianati sehingga kerajaan sah yang dipilih dalam PRU14 lalu ditumbangkan melalui Langkah Sheraton.

“Umno antara parti terkuat di Malaysia, yang berkuasa menjatuhkan mereka adalah rakyat pada 2018.

“Tapi sayang, kuasa rakyat itu dikhianati. Ada parti politik merasakan mereka boleh menentukan masa depan negara dengan membelakangkan mandat rakyat.

“Politik di hadapan tanpa berpegang kepada mandat rakyat akan belit-membelit, penuh tipu muslihat, percaya dan tidak percaya. Kita perhatikan sahaja,” katanya.

Kerajaan PH yang dipilih rakyat dalam PRU lalu digulingkan melalui Langkah Sheraton bagi mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang dipanggil Kerajaan Pintu Belakang pada penghujung Februari lepas.

Dengan kerjasama Bersatu dan Umno, PAS dan beberapa parti dari Sarawak dan Sabah kerajaan PN berjaya ditubuhkan.

Bagaimanapun hubungan Bersatu dengan Umno di saat ini tidak sehaluan menyebabkan kerajaan Perak pimpinan Datuk Ahmad Faizal Azumu (Bersatu) dijatuhkan melalui undi percaya di DUN Perak baru-baru ini.

Tinggalkan komen anda