COVID-19 : Kulai zon merah terbaru


shadow

Kulai merupakan daerah terbaru bagi zon merah COVID-19 yang mencatat 41 jangkitan secara kumulatif, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 12 tengah malam, 17 April.

Keseluruhan zon merah di Malaysia adalah 29 mengikut statistik terbaru.

Kulai adalah salah satu daripada lima zon merah di Johor iaitu Batu Pahat (52), Johor Bahru (187), Kluang (221) dan Muar (47).

Zon merah merujuk kepada 41 kes ke atas, zon jingga pula mencatat 20 hingga 40 kes, zon kuning adalah daerah yang mencatat kes di bawah 20 manakala zon hijau pula digunakan untuk menggambarkan daerah yang bebas dari jangkitan Covid-19.

Mengikut data kumulatif, zon merah lain adalah Kota Bharu (99), Kelantan, Jerantut (72), Kuantan (114), Pahang, Rembau (53), Seremban (301), Negeri Sembilan, Jasin (68), Melaka Tengah (51), Cheras (84), Kepong (149), Lembah Pantai (604), Titiwangsa (134), Putrajaya (55), Petaling Jaya (371), Hulu Langat (445), Gombak (144), Klang, (173), Sepang (70), Hulu Selangor (50), Hilir Perak (65), Kinta (94), Perak, Kuching (258), Kota Samarahan (59), Sarawak, Kota Kinabalu (43) dan Tawau (79), Sabah.

Bagaimanapun, angka kumulatif mungkin berubah dan tidak tepat kerana kebanyakan kes telah pulih.

Tinggalkan komen anda