Real berdebar tunggu imbasan Hazard


shadow

MADRID: Eden Hazard akan menjalani ujian imbasan hari ini selepas buku lalinya terseliuh ketika membantu Real Madrid berdepan Paris Saint-Germain di Santiago Bernabeu dalam Liga Juara-Juara yang berakhir seri 2-2, pagi tadi. 

Bintang sensasi Belgium itu cedera ketika aksi Kumpulan A itu berbaki 21 minit yang menyaksikan Madrid dua kali mendahului pelawat menerusi sentuhan Karim Benzema.

Madrid, kini amat berharap kecederaan Hazard itu tidak serius tatkala sayap Belgium itu kian meningkat sejak tiba ke Real musim ini.

“Hazard mengalami kesakitan di bahagian buku lali. Pasukan perubatan akan menjalankan ujian ke atasnya. Kami perlu tunggu,” kata Pengarah Madrid, Emilio Butragueno yang dipetik akhbar Marca, hari ini.

Madrid dalam pada itu banyak kali dinafikan peluang oleh ketangkasan bekas penjaga golnya, Keylor Navas sambil Butragueno memuji bintang kelahiran Costa Rica itu.

“Keylor adalah pemain yang banyak meningalkan jasanya di sini,” katanya.

“Kami semua di sini masih sayangkannya. Dia berhak diberikan pujian.”

Gol PSG dijaringkan Kylian Mbappe pada minit ke-81 dengan memanfaatkan kesilapan penjaga gol Real, Thibaut Courtois sebelum Pablo Sarabia meledak gol penyamaan seminit kemudian. – Agensi

Tinggalkan komen anda