Ronaldo dihantui kecederaan lutut – Sarri


shadow

TURIN: Cristiano Ronaldo terus dibelenggu kecederaan lutut dengan ketua jurulatih Juventus, Maurizio Sarri bakal berbincang dengan bintang penyerang itu.

Ronaldo kembali menyertai kesebelasan Juventus yang menyaksikan kemenangan 1-0 dalam Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di laman sendiri selepas terlepas menyertai kejayaan kepada Atalanta dalam saingan Serie A.

Pemain Portugal itu kelihatan bergelut beberapa ketika dalam perlawanan yang menyaksikan Paulo Dybala menjaringkan gol sepakan percuma ‘luar biasa’ bagi meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas Kumpulan D biarpun masih berbaki satu perlawanan.

Ronaldo juga digantikan dalam dua perlawanan liga sebelum rehat perlawanan antarabangsa dan Sarri mengakui kecergasan pemain berumur 34 tahun itu perlu ‘diuruskan’.

“Saya belum bercakap dengannya lagi tentang kesakitan di lututnya,” kata Sarri kepada Sky Sport Italia.

“Tetapi dia kelihatan berada di prestasi yang baik, apabila peringkat akhir kelihatan dia bangkit berjuang sekuat mungkin dan membantu pertahanan.

“Dybala berada dalam kelas dunia, dia berada di prestasi terbaik, jadi kini dia dapat melakukan perbezaan.”

Biarpun Juve mengekalkan momentum mereka dengan satu lagi kejayaan, Sarri bagaimanapun kecewa dengan aspek persembahan mereka menentang Atletico.

“Kami menggunakan banyak tenaga malam ini, sepatutnya ia boleh dielakkan dalam Liga Juara-Juara,” katanya. – Agensi

Tinggalkan komen anda