Lebih 1 juta penduduk dunia positif COVID-19


shadow

JUMLAH kes jangkitan COVID-19 kini mencecah angka 1 juta di seluruh dunia.

Pandemik yang bermula di Wuhan, China itu kini meledak di Amerika Syarikat (AS) dengan angka kematian terus meningkat di Itali dan Sepanyol.

Menurut data yang dikeluarkan Universiti Johns Hopkin, virus itu setakat ini telah membunuh lebih 51,000 dengan angka korban terbesar dicatat di Itali, diikuti Sepanyol dan AS.

Jumlah jangkitan COVID-19 kini melepasi 1 juta kes di seluruh dunia.
Jumlah jangkitan COVID-19 kini melepasi 1 juta kes di seluruh dunia.

Jumlah jangkitan COVID-19 kini melepasi 1 juta kes di seluruh dunia.Data yang direkod menunjukkan 100,000 kes pertama dicatat sekitar 55 hari, manakala 500,000 kes direkod dalam 76 hari.

Angka kes meningkat sekali ganda kepada 1 juta sepanjang lapan hari lalu.Jumlah kes meningkat 10 peratus pada Khamis berbanding hari sebelumnya, kali pertama kadar peningkatan mencecah dua angka sejak virus berkenaan menular di luar China.

Sejumlah 117 kes dan wilayah melaporkan lebih 100 kes, 50 negara dengan wabak melebihi 1,000 dan tujuh dengan 50,000 kes atau lebih, kebanyakannya di Eropah.

Kadar kematian global kini lima peratus daripada jumlah kes, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, AS dan Sepanyol melaporkan peningkatan angka kematian beberapa hari kebelakangan.

SUMBER – ASTRO AWANI

Tinggalkan komen anda