COVID-19 : 1,169 rekod kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam di AS


shadow

AMERIKA Syarikat mencatatkan jumlah kematian 1,169 pada Khamis, angka korban tertinggi dalam 24 jam.

Menurut data dikeluarkan Universiti Johns Hopkins, angka itu juga merupakan jumlah tertinggi yang direkod mana-mana negara sejak pandemik COVID-19 bermula.

Angka itu direkod universiti tersebut di antara jam 8.30 malam pada Rabu hingga Khamis.

Angka itu direkod universiti tersebut di antara jam 8.30 malam pada Rabu hingga Khamis.Rekod tertinggi sebelum ini dicatat di Itali di mana 969 meninggal dunia pada 27 Mac.

AS yang berada di tangga teratas COVID-19 kini merekodkan 5,911 kematian sejak pandemik bermula dengan kes jangkitan sebanyak 244,678.Ia berada di kedudukan ketiga dalam jumlah korban selepas Itali (13,915) dan Sepanyol (10,348).

China, negara yang mula-mula diserang wabak ini pada hujung tahun lalu, berada di tempat ke-4 dengan 3,318 kematian.

SUMBER : AGENSI

Tinggalkan komen anda