1.26 juta penduduk dunia dijangkiti COVID-19


shadow

Angka jangkitan COVID-19 mencatat hampir 1.26 juta di seluruh dunia setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, hari ini.

Jumlah jangkitan hanya mengambil masa selama tiga hari untuk pertambahan sebanyak 263,000 kes apabila keseluruhan jangkitan melepasi angka 1 juta pada, Jumaat lalu.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, sebanyak empat buah negara telah melepasi angka 100,000 kes positif virus tersebut.

Amerika Syarikat kekal menjadi negara yang paling terjejas teruk akibat wabak itu apabila mencatatkan 331,234 kes positif. Sepanyol dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga apabila masing-masing mencatatkan jumlah 130,854 kes dan 128,948 kes.

Sepanyol pula menjadi negara kedua apabila merekodkan 12,518 kematian manakala Amerika Syarikat di kedudukan ketiga dengan 9,458 kematian.

Itali masih kekal menjadi menjadi negara paling teruk mencatatkan kes kematian dengan jumlah 15,887 kes.

Jerman menjadi negara keempat yang mempunyai jumlah kes positif melepasi 100,000 iaitu keseluruhannya 100,024 kes. Manakala, Perancis mempunyai 93,755 kes positif COVID-19 dan dijangka melepasi angka 100,000 dalam masa beberapa hari lagi.

Sementara Perancis dan United Kingdom berada di kedudukan keempat dan kelima dengan masing-masing mencatatkan 12,518 dan 8,078 kematian.

Angka kematian akibat pandemik ini telah mencecah hampir 70,000 mangsa di seluruh dunia dengan keseluruhan 68,413 kematian.

Tinggalkan komen anda