China sumbang 100,000 topeng muka


shadow

KUALA LUMPUR – Sebanyak 100,000 topeng muka disumbangkan oleh China kepada petugas kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata, pesawat AirAsia akan membawa topeng muka itu yang dijangka tiba pagi ini.

” Alhamdulillah, berita baik! Saya baru dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan (Zainal Abidin), menerusi hubungan akrab Malaysia – China dan hasil usaha Perwakilan Malaysia di sana, kita telah berjaya dapatkan 100,000 topeng muka daripada Presiden China-Asia Economic Development Association (CAEDA) yang cukup prihatin terhadap Malaysia.  

“Terima kasih Raja Nushirwan dan Kedutaan Malaysia di China atas usaha ini! Terima kasih juga kepada AirAsia kerana difahamkan AirAsia sukarela menerbangkan peralatan ini ke Malaysia secara percuma.

“InsyaAllah, 100,000 facemask ini akan sampai pagi ini. Semoga ia berupaya membantu usaha kita dalam menangani wabak COVID-19,” katanya menerusi facebook beliau hari ini.

Semalam, Kedutaan China di Kuala Lumpur turut menyumbang peralatan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh.

Tinggalkan komen anda