Bursa Malaysia rendah pada tengah hari


shadow

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi hari ini susulan aktiviti jualan berterusan saham terpilih berkaitan indeks, diketuai kaunter kewangan dan utiliti.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.41 mata kepada 1,574.32 berbanding 1,584.73 pada penutupan Isnin.

Indeks dibuka 0.26 mata lebih tinggi pada 1,584.99, dan bergerak antara 1,573.82 dan 1,587.47 di sepanjang dagangan.

Kedudukan pasaran di Bursa negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 465 berbanding 298, manakala 371 kaunter tidak berubah, 825 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.45 bilion saham bernilai RM822.37 juta.

Bagi kaunter berkaitan perkhidmatan kewangan, Maybank, merosot lima sen kepada RM8.60, diikuti Hong Leong Bank susut 36 sen kepada RM16.84, Hong Leong Financial turun 28 sen kepada RM16.88, manakala kaunter utiliti, Tenaga, merosot 26 sen kepada RM12.70.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM7.07 dan IHH Healthcare naik satu sen kepada RM5.55.

Dutch Lady kekal saham paling rugi apabila sahamnya merosot sembilan sen kepada RM46.60.

Antara saham aktif, Vortex turun dua sen kepada 15 sen, MYEG naik dua sen kepada RM1.14 manakala DGB Asia tidak berubah pada 14.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 58.12 mata kepada 11,252.29, manakala Indeks FBM Emas Shariah susut 59.39 mata kepada 11,884.37.

Indeks FBMT 100 turun 59.15 mata kepada 11,040.12 FBM 70 susut 19.57 mata kepada 14,220.84 manakala FBM Ace meningkat 89.39 mata kepada 5,592.27.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.39 mata kepada 152.37, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 101.95 mata kepada 15,350.55 manakala Indeks Perladangan turun 60.96 mata kepada 7,615.78.

Tinggalkan komen anda