Pihak tidak bertanggungjawab hanya mementingkan keuntungan hingga sanggup menyeludup dan menjual topeng muka milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pemilik Twitter, Christopher meminta pengguna membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mendapati pada bahagian tepi kotak topeng muka tertera perkataan bagi kegunaan KKM.
“Salah satu punca stok untuk kakitangan tidak mencukupi kerana diseludup dan dijual oleh individu tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati membeli topeng muka, banyak pihak yang ingin mengambil kesempatan ketika ini.
Tinggalkan komen anda