Isco terlepas aksi menentang Villareal


shadow

PEMAIN tengah Real Madrid, Isco terpaksa melupakan aksi menentang Villarreal awal pagi Isnin ini selepas mengalami kecederaan paha.

“Isco didapati mengalami kecederaan otot paha kanan,” menurut Real dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kelab tidak memberikan jangka masa pemulihan pemain itu dengan pegawai perubatan akan terus memantau keadaannya.

Menurut harian sukan AS, proses pemulihan kecederaan itu biasanya mengambil masa dua hingga tiga minggu.

Ini bermakna dia terpaksa melupakan aksi La Liga menentang Villarreal dan kemungkinan Levante pada 14 September.

Ketiadaannya satu lagi tamparan buat skuad Zinedine Zidane yang sebelum itu tempang dengan kecederaan Eden Hazard, James Rodriguez, Brahim Díaz, Rodrygo dan Marco Asensio.

Tinggalkan komen anda