Setahun menjelang Olimpik 2020, persiapan Tokyo lancar


shadow
Image result for olimpik 2020

TOKYO: Tuan rumah Sukan Olimpik 2020, Tokyo memasuki detik setahun lagi menjelang temasya itu berlangsung dengan penganjur menjanjikan acara yang berteknologi tinggi namun dalam masa yang sama mesra alam.

Penganjur sudah melepasi peringkat di mana persoalan timbul tentang kos penganjuran sehinggalah bagaimana Tokyo memenangi bidaan sebelum ini.

Tetapi  ketika kiraan detik bermula, penganjur dipalit dengan kemajuan pembinaan venue dan berikrar temasya itu akan menjadi “ciptaan Tokyo baru.”

“Setahun lalu, keterujaan orang ramai semakin meningkat di sini,” kata pengerusi penyelaras Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, John Coates di sini.

Beliau menambah penjualan tiket “tidak terjangka” dan permohonan 200,000 bagi mengisi 80,000 tempat sukarelawan membuktikan minat orang ramai terhadap temasya 2020 itu.

“Kami sangat berpuas hati dengan persediaan temasya ini kekal di landasan,” katanya.

Separuh daripada venue baru selesai dibina dan penganjur berkata pembinaan lain juga berada di landasan.

Majlis kiraan detik menjelang setahun lagi berlangsungnya temasya juga mendedahkan reka bentuk pingat Olimpik dan penganjur mengadakan acara bagi penduduk untuk turut serta dalam acara sukan yang dipertandingkan nanti. – AFP

Tinggalkan komen anda