Seorang pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) percaya pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim akan meninggalkan Istana Negara dalam keadaan kecewa esok.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negara kini mempunyai kerajaan baik dan semua pihak harus membenarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meneruskan kerjanya.
“Saya rasa beliau (Anwar) akan meninggalkan Istana Negara dalam keadaan kecewa esok. Tiada apa=apa yang akan berlaku.”
Karim berkata negara kini sedang memerangi wabak Covid-19 dan Muhyiddin menanganinya dengan begitu baik.
“Jadi, kami harus terus menyokong perdana menteri dan tidak mengganggu usaha itu kerana politik,” beliau memberitahu pemberita di majlis pelancaran D’Virtual Park di sini, hari ini.
Presiden PKR itu mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.
Menurut Anwar, beliau akan membuktikan “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” ahli Parlimen kepadanya untuk membentuk kerajaan baru.
Tinggalkan komen anda