Syed Saddiq daftar parti Muda


shadow

SYED Saddiq Abdul Rahman mengemukakan permohonan mendaftarkan parti politik baharunya, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini.

Bekas menteri belia dan sukan itu ketika ditemui pemberita di ibu pejabat RoS di Putrajaya berkata beliau berharap permohonan tersebut diluluskan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan barisan kepimpinan Muda.

“Saya akan maklumkan (kemudian) struktur kepimpinan,” katanya. 

Syed Saddiq, yang juga bekas ketua Pemuda Bersatu, berkata Muda tidak menetapkan had umur ahli parti.

“Muda akan mewakili rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira agama atau bangsa,” tambah beliau.

Parti Muda katanya akan terdiri daripada pemimpin masyarakat, guru, petani dan ramai lagi.

Tinggalkan komen anda