Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa Peguam Mohamed Haniff Khatri tidak ada kena mengena sama sekali dengan beliau.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Bekas Perdana Menteri itu, merujuk bagi kes saman difailkan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh diberikan terhadap Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Tetuan Mohamed Haniff Khatri Abdulla telah mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam beberapa kes-kes tertentu sejak tahun 2015.
“Buat masa ini terdapat beberapa kes yang masih di dalam kendalian beliau.
“Walau bagaimanapun Mohamed Haniff Khatri bukanlah peguam peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tun Mahathir Mohamad.
Tinggalkan komen anda