Kuasa bukan kemegahan, tapi amanah – Muhyiddin


shadow

an Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahawa kedudukan dan kuasa bukan untuk bermegah-megah, sebaliknya amanah Allah SWT untuk ditunaikan.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, Allah SWT memberikan amanah besar untuk memimpin parti dan kerajaan.

“Pengalaman mengajar saya bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa adalah sementara. Ia bukanlah kurniaan untuk kita bermegah-megah. Ia juga bukan hak untuk kita miliki selama-lamanya.

“Tetapi kuasa pemerintahan adalah satu amanah berat untuk kita pikul.

“Begitu juga dengan saudara-saudari di peringkat Bahagian dan Cawangan.

“Jika dahulu sebahagian daripada saudara-saudari adalah ahli biasa. Sekarang jadi perwakilan, Ketua Cawangan, Ketua ARMADA, Ketua Srikandi, Ketua Bahagian dan lain-lain. Ingat bahawa jawatan yang anda pegang ini adalah amanah yang mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab,” katanya dalam perutusan khas sempena sempena Persidangan Angkatan Muda Bersatu (ARMADA), Srikandi dan Bahagian BERSATU yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasminya di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan mereka yang kalah dalam pertandingan dan tidak memegang apa-apa jawatan supaya tidak kecewa dan merajuk.

Katanya, teruslah istiqamah kerana jatuh bangun dalam perjuangan politik adalah perkara biasa.

“Buktikan keikhlasan dalam berjuang. Insya-Allah saudara-saudari akan berpeluang untuk terus berbakti kepada parti, bangsa dan negara,” katanya

Beliau turut menasihatkan ahli parti untuk terus beruang dan jangan berpaling ke belakang.

“Teruslah mara ke hadapan. Apa yang ada di hadapan kita mesti kita hadapi dengan tabah,” katanya.

Tinggalkan komen anda