Gencatan politik sukar direalisasi, kata penganalisis


shadow

PEMBANGKANG tidak cukup kekuatan untuk berunding dengan kerajaan, terutamanya apabila Perikatan Nasional (PN) masih berkeupayaan meluluskan undang-undang di Dewan Rakyat, kata penganalisis.

Mereka berkata demikian bagi mengulas “gencatan politik” antara pembangkang dan kerajaan yang dicadangkan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, untuk memastikan kestabilan politik.

Ini memandangkan kerajaan PN memegang majoriti tipis di Dewan Rakyat, katanya. Kerajaan PN mempunyai 113 ahli Parlimen, manakala pembangkang 109.

Meskipun mempunyai majoriti tipis, PN masih boleh meluluskan rang undang-undang (RUU) tanpa masalah.

Pensyarah sains politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  Dr Lau Zhe Wei berkata ini kerana tumpuan Pakatan Harapan (PH) hanya membangkang kerajaan ke atas RUU utama. 

“Jika setiap hari semua pembangkang hadir ke sidang Parlimen, ini sudah tentu menyukarkan kerajaan dan ahli-ahli Parlimennya.

“Bagi isu-isu besar seperti menggantikan speaker dan baru-baru ini meluluskan RUU Perbekalan Tambahan, pembangkang menyokong penuh, begitu juga kerajaan.

“Jadi, walau apa pun, kerajaan akhirnya ada 113 ahli Parlimen,” katanya.

Oleh itu, tidak mustahil pembangkang juga mampu menghalang RUU utama diluluskan, tambahnya.

Sementara itu, PH juga tidak membuktikan bahawa ia menjadi penghalang kepada PN dalam isu-isu kecil seperti menangguhkan usul, kata Lau.

“Tetapi jika mereka (PH) beri masalah walaupun bagi isu kecil, maka tekanan terhadap kerajaan sebenarnya jauh lebih kuat.”

Menurutnya, ini akan memberi PH lebih kekuatan untuk mengajak kerajaan mengadakan rundingan demi kestabilan politik.

“Apa kekuatan yang PH ada? Bagi isu-isu besar, PN ada cukup sokongan, dan PH tak beria-ia bagi isu lebih kecil. Jadi saya tak nampak di mana kekuatan pembangkang untuk ajak berunding,” jelas Lau.

Namun, cadangan Loke kepada gencatan politik itu sebenarnya idea yang baik bagi meluluskan RUU penting tanpa banyak tentangan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, katanya. Malah, semua menteri PN tidak perlu mengundi di Dewan Rakyat bagi setiap RUU yang penting. 

Tinggalkan komen anda