Bukan Salah PH: Langkah Sheraton Punca Fokus Urus Covid19 Terganggu


shadow

Sangat mengecewakan, fokus mengurus COVID-19 telah dirampas dengan keberantakan ‘Sheraton Move’ atau ‘Langkah Sheraton’, kata bekas Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad.

Memetik MalaysiaKini, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah gagal membendung kluster himpunan Tabligh yang menjadi punca kepada gelombang kedua penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Menurutnya menerusi laman sosial Facebook berkata, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Januari lalu, menyebabkan Jemaah Menteri juga melepaskan jawatan namun beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim. Maka pada hari tersebut merupakan hari terakhirnya berada di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perhimpunan di Masjid Seri Petaling itu pula bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac.

“Pada 8 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan dalam rakaman video sidang akhbarnya mengesahkan kesiapsiagaan awal KKM bermula pada Disember 2019 dibawah Kerajaan PH dan saya sebagai Menteri Kesihatan ketika itu dipertanggungjawab mengawal wabak COVID-19 ini bersama-sama kepimpinan KKM dalam yang sama, saya bertanggungjawab melaporkan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri setiap hari bermula mesyuarat kabinet sejak bermula kes pertama pada 24 Januari 2020.

“Kalaulah ada Menteri yang lebih maklum kedudukan perkara perhimpunan Tabligh ini, pastinya beliau itu ialah Menteri Kementerian Dalam Negeri, yang sekarang ini ialah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Adham wajar bertanya beliau kalau ingin tahu tentang dakwaannya bahawa kerajaan PH gagal mengawal perhimpunan tabligh. Mungkin sahaja beliau tidak perasaan, kerana ada agenda lebih serius yang mengganggu tumpuan kerja beliau ketika itu,” katanya di Facebook, semalam.

Jelasnya, di atas kekalutan politik pada masa itu sekaligus menyebabkan lebih dari dua minggu pengurusan COVID-19, tidak punya kepimpinan politik dan strategik berbanding sebelumnya.

“Justeru, saya ingatkan Menteri Kesihatan supaya segera berhenti ‘berpolitik’ dalam suasana negara berdepan krisis COVID-19 ini, tambahan pula dalam tempoh lanjutan PKP ketika ini.

“Lebih konstruktif seandainya beliau benar-benar menguasai realiti cabaran getir yang dihadapi negara mutakhir ini dengan menampilkan kepimpinannya,” ujarnya.

Beliau turut memberi cadangan dalam menangani wabak COVID-19 ini, antaranya merancang secara konkrit ‘exit strategy’ bertahap bagi penamatan PKP selepas ini.

“Membimbing Kabinet dalam isu menangani ‘Kajian lmmuniti’ atau ‘Sero-Surveillance’ bagi mengenal pasti ‘tahap infeksi dalam negara-komuniti’, bagi merancang secara konkrit, ‘Penamatan PKP’ serta mengorak langkah untuk ‘Jump Start The Economy’. Amat parah ramalan MIER yang mengunjurkan rakyat yang akan kehilangan 2.4 juta pekerjaan serta mengalami pertumbuhan negatif – 2.9% KDNK.

“Menangani dan menyelesaikan tuntutan pembuatan peralatan pelindung diri (PPE) serta pengedaran secara meluas dan seimbang, khasnya untuk ‘Frontliners’ sama ada untuk warga KKM serta seluruh sukarelawan dari pihak Swasta dan NGO,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru semua pihak kerajaan dan pembangkang serta swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya bersama menggembleng tenaga, dana dan kepakaran untuk segera mengurus seterusnya krisis COVID-19 dengan pendekatan yang lebih berkesan, bertanggungjawab, telus dan berintegriti.

Nasi telah menjadi bubur, dari membuang masa menuding jari menyalahkan orang lain, alangkah lebih baik kerajaan jalankan tanggungjawab yang diberikan.

Tinggalkan komen anda