BERSATU tangguh persidangan


shadow

Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditangguhkan sehingga 31 Mac ini.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Wira Marzuki Yahya memberitahu, keputusan itu mengambil ketetapan tersebut berdasarkan perutusan khas Perdana Menteri mengenai penularan wabak COVID-19 yang disarankan agar perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan selama 14 hari, mulai hari ini di seluruh negara.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti memandang serius dan mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya,” katanya.

Sehubungan itu, persidangan yang berbaki 29 dari 189 Bahagian akan diteruskan pada 1 April hingga 7 April 2020.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, sekaligus menegaskan penularan dan keadaan wabak itu yang teruk adalah sangat membimbangkan.

Tinggalkan komen anda