Apa agenda Najib dan Zahid?


shadow

Tak sampai sebulan PN jadi pemerintah negara, Zahid dah kemukakan syarat pada Muhyiddin. Yang paling utama, Zahid mahu kerajaan kaji semula kes-kes rasuah libatkan pemimpin UMNO. Kenapa??

Ketika Najib dan Zahid Hamidi menyatakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, apa yang jelas ia bukanlah demi kesejahteraan negara atau atas dasar sokongan dan kepercayaan terhadap Muhyiddin.

Sebaliknya, ia lebih kepada faktor nak selamatkan UMNO. Atau lebih tepat, nak selamatkan diri sendiri.

Agenda Najib dan Zahid sememangnya nak lari dari dipenjarakan.

Tiada ada logiknya selain daripada itu. Apa tidaknya Najib dan Zahid adalah orang yang menyingkirkan Muhyiddin dari UMNO dan melabel beliau sebagai pengkhianat.

Jadi, sokongan mereka kepada Muhyiddin kini adalah atas kepentingan mereka sendiri semata-mata.

Cuba kita fikir betul-betul, Apa yang Najib dan Zahid mahu sebenarnya?

Apa yang jelas, Zahid dan Najib mahu mempengaruhi kes, dan untuk menghentikan kes-kes lain yang mungkin dikenakan ke atas mereka.

Dan hasrat Najib dan Zahid ini semestinya disokong pejuang-pejuang UMNO. Apa tidaknya, habislah sumber duit mereka jika Najib dan Zahid dipenjarakan.

Sebab itu, Najib dan Zahid merancang untuk membuat seolah-olah mereka dianiaya atau diperangkap. Maka selepas itu, meleleh air liur orang UMNO kasihankan kedua-dua pemimpin kleptokrasi ni.

Dan jika kes rasuah mereka ini diteruskan macam biasa, maka sukarlah Najib dan Zahid nak menikmati kebebasan yang ada sekarang. 

Memang Najib dan Zahid di tahap desperate nak lepaskan diri. Dan pilihan terakhir yang mereka ada sekiranya rancangan gagal adalah dengan meninggalkan Malaysia. Mereka boleh melakukan ini dengan atau tanpa persetujuan Kerajaan Muhyiddin.

Jangan lupa yaaaa, apabila Kerajaan Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya pada tahun 2018, Najib dan Rosmah cuba melarikan diri tetapi dihentikan di lapangan terbang oleh rakyat kita.

Meninggalkan negara tidak akan menyebabkan mereka mengalami kesusahan kerana mereka mempunyai cukup wang untuk hidup seperti Raja di luar negara. Mereka boleh bersatu dengan Jho Low dan wang yang dicurinya.

Sebab itu, Muhyiddin kena buka sikit minda. Jangan akur sangat kehendak UMNO kalau rasa nak lama jadi PM.

Ingat, rakyat sentiasa memerhati tindak tanduk PM. Salah langkah maka next term PN jatuh.

Tinggalkan komen anda