Pemimpin DAP, AMANAH tiba di ibu pejabat PKR


shadow

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin kanan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tiba di ibu pejabat PKR, di sini, untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Antara yang hadir ialah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang tiba kira-kira jam 5 petang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula tiba jam 5.25 petang.

Pemimpin PKR yang turut kelihatan termasuklah Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil, dan Pengarah Strategik, Sim Tze Tzin.

Ketika ditanya pemberita, Guan Eng memaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Presiden PH itu akan berbincang perihal mereka dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, esok.

Tinggalkan komen anda