KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meninggalkan bangunan Yayasan Al-Bukhary, di sini, selepas hampir tiga jam mengadakan mesyuarat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mesyuarat khas bermula jam 10 pagi itu dipercayai membincangkan beberapa agenda, termasuk pembentukan kerajaan perpaduan pada peringkat negeri dan cadangan mengetengahkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri mewakili BERSATU.
Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas Perdana Menteri Interim kembali menjadi Pengerusi BERSATU setelah tiga hari meletakkan jawatan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung mesyuarat itu.
Tinggalkan komen anda