Malaysia di kancah krisis lepas Dr M letak jawatan


shadow

PELETAKAN jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menghumban kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke kancah krisis selepas 37 ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada gabungan parti itu.

Gabungan itu kini hanya mempunyai 102 ahli Parlimen, kurang 10 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar PH namun tetap menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Ia menguatkan spekulasi bahawa satu gabungan baharu akan dibentuk seperti yang disebut-sebut pada hujung minggu lalu.

PKR pula memecat timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan orang kuatnya, Zuraida Kamaruddin. Kedua-duanya kemudian mengumumkan keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas bersama sembilan yang lain.

Tumpuan kini pada Istana Negara, di mana Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tinggalkan komen anda