Mahathir letak jawatan? PMO akan keluar kenyataan


shadow

Spekulasi bertiup kencang bahawa Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini menyemak kesahihan dakwaan itu melalui pelbagai sumber, termasuk Pejabat Perdana Menteri (PMO), hanya mendapat balasan “tunggu kenyataan media”.

Satu sumber mendakwa surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara tetapi ia masih tidak dapat disahkan setakat ini.

Malaysiakini difahamkan pemimpin-pemimpin kanan bersatu sedang dalam perjalanan untuk berkumpul di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Tinggalkan komen anda