Henti ‘politicking’, Malaysia yang perlu undi percaya, kata Mat Hasan


shadow

TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan mahu semua pihak menghentikan berpolitik dan memberi tumpuan kepada masalah ekonomi yang melanda negara.

“Henti berpolitik. Malaysia perlukan penyelesaian kepada pelbagai masalah. Masalah kita semua bukan hanya sebahagian daripada kita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau berkata hakikatnya, negara lebih memerlukan undi percaya dan jika ia gagal dalam mengatasi defisit keyakinan, ia hanya akan menjadi negara membangun yang biasa.

PAS baru-baru ini mengatakan bahawa ia mencadangkan undi percaya di Dewan Rakyat untuk menyokong sokongan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan tempoh pentadbirannya.

Menurut Mohamad Hasan, Malaysia memerlukan plan radikal untuk menangani kemapanan ekonomi.

Hal ini menurutnya sebahagiannya berpunca daripada wabak koronavirus yang memberi kesan besar di peringkat global.

“Wabak koronavirus akan mendatangkan kesan ekonomi yang sangat besar diperingkat global.

“Ia akan menjadi katalis kepada kelembapan ekonomi dunia pada skala yang tidak pernah terjangka.

“Kita seperti tiada plan ekonomi yang ‘crisis proof’.  Kedua, kita tiada pasukan ekonomi yang berwibawa untuk merangsang ekonomi,” jelasnya lagi.

Tinggalkan komen anda