Dr Mahathir kembali pegang jawatan dalam Bersatu


shadow

SETIAUSAHA Agung Bersatu Marzuki Yahya mengesahkan Dr Mahathir Mohamad kini memegang jawatan kanan dalam parti itu. 

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” katanya dipetik laporan media. 

Akhbar New Straits Times melaporkan bekas pengerusi Bersatu itu akan menjadi penasihat parti, sementara Harian Metro melaporkan Dr Mahathir kembali memegang jawatan pengerusi. 

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu selepas berundur sebagai perdana menteri, Isnin lepas. 

Tidak lama selepas itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin mengumumkan partinya keluar daripada Pakatan Harapan, keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi pada Ahad. 

Bersatu mempunyai 26 wakil dalam Parlimen termasuk Dr Mahathir.

Tinggalkan komen anda