“Bukan Hanya UMNO, PAS Juga Kata Mahu Sokong Saya”: Tun Mahathir


shadow

Putrajaya: Spekulasi yang menyatakan PAS dan UMNO mahu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad disambut baik oleh Perdana Menteri.

Tun Mahathir dalam masa yang sama turut berseloroh menyatakan bahawa dirinya rasa seperti melayang (Floating) apabila mendapat perkhabaran bahawa UMNO dan PAS menyokong dirinya.

“Mereka kata bahawa Umno, malah PAS, sanggup bekerja dengan saya. Saya bagi tahu mereka jika mahu bekerja dengan saya, kamu sokonglah”

“Setiap kali orang menyokong saya, saya seperti ‘diawangan’,” katanya berseloroh.

Tambah beliau, sokongan yang diharapkan adalah apabila kerajaan melakukan sesuatu yang betul di Parlimen, ia mendapat sokongan pemimpin PAS dan UMNO dan tidak hanya membabi buta.

Terdahulu, khabar angin berlegar yang kerajaan campuran Pakatan Nasional baru sedang diusahakan berikutan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa parti nasionalis Melayu mesti mengikut jejak langkah PAS dalam menyokong Dr Mahathir.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat tentangan hebat dari Ahli Majis Tertinggi Lokman Noor Adam dan menganggap Zahid sebagai pemimpin yang lemah.

Tinggalkan komen anda