KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan khabar angin Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah meletakkan jawatan serta merta.
Annuar dalam ciapan di laman Twitter berkata, semakan mendapati tiada sebarang surat peletakan jawatan dan Apandi kini berada di luar negara.
“Apa-apa kekeliruan berbangkit jika ada, akan di perjelaskan secara kenyataan rasmi,” katanya.
Apandi dilaporkan meletakkan jawatan serta merta berikutan langkah pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Disiplin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan berkuatkuasa dengan serta-merta.
“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” kata Apandi seperti yang dilaporkan media. – MalaysiaGazette
Tinggalkan komen anda