PONTIAN – Calon Barisan Nasional Wee Jeck Seng disifatkan bukan orang jahat tetapi kesilapan beliau adalah berkawan dengan orang yang salah danprktan berasuah iaitu UMNO, Bossku Najib Razak dan Pas.
Kata Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Jeck Seng merupakan kawan lamanya yang dikenali dalam Barisan Nasional tetapi bellau mewakili parti yang tidak mencerminkan semangat berbilang kaum.
Saifuddin turut bertanya kepada pengundi Cina, parti mana yang betul-betul saksama jika dibandingkan antara Pakatan Harapan dan BN sebelum menegaskan bahawa PH merupakan parti yang ‘equal partners’.
“Apabila kemenangan dalam PRU14 menyaksikan jumlah kerusi Ahli Parlimen empat parti dalam PH tidak seimbang ia diseimbangkan dengan pelantikan ahli Dewan Negara dalam kalangan parti yang kerusi minimum iaitu Amanah dan PPBM.
“Dan inilah cara kita mentadbir negara supaya semua parti saksama dan berbilang kaum dengan dianggotai Melayu, Cina dan India.
“Kita bukan sahaja menghormat dan toleransi kaum lain tetapi mesti juga menyukai kaum lain baru boleh duduk bersama-sama dengan satu visi dan ideologi,” katanya ketika berceramah di Pontian malam tadi.
Menurut Saifuddin, di Tanjung Piai, pengundi perlu menentukan pemimpin baharu bukan berasaskan kaum seperti BN sebab calonnya Cina atau Karmaine dari PH sebab dia Melayu, tetapi memilih parti yang wakili semua kaum.
“Yang bertanding calon PH dan calon Cina dari BN. Kita bukan pilih Melayu lawan Cina, tapi pilih parti lawan parti yang boleh meneruskan pelan pembangunan bekas calon kerajaan PH bukannya pembangkang,” ujarnya.
Tambahnya, Jeck Seng yang merupakan kawan kenalan politik lama merupakan seorang rakan yang baik tetapi salah memilih kawan politik.
“Dia (Jeck Seng) bukan orang jahat, cuma dia berkawan orang yang salah, Najib Bossku, UMNO dan Pas dan yang jadi masalah Pas adalah di Cameron Highlands dia mendesak semua undi calon Islam dan bukannya India.
“Tetapi di sini Pas sokong MCA dengan alasan kerana calon adalah Cina kafir dhimmi, PH tak pernah label calon jahat kerana sesiapa pun boleh bertanding dan berkempen untuk parti berbilang kaum.
“Maka Karmaine yang mewakili PH berbilang kaum harap mendapat sokongan kemenangan anda untuk meneruskan kerja-krja yang ditinggalkan arwah Dr. Md Farid Md Farik. Ingatlah kita bukan undi untuk Cina atau Melayu tapi untuk Malaysia berbilang kaum,” tegasnya. – MalaysiaGazette
Tinggalkan komen anda