Ahli Parlimen cadang nyanyi Negaraku sebelum bersidang


shadow

SATU cadangan oleh Ahli Parlimen Jempol (BN) Mohd Salim Mohd Sharif untuk Dewan Rakyat memulakan sesi persidangan dengan menyanyikan lagu Negaraku dan membaca Rukun Negara telah menerima sokongan ramai.

Cadangan tersebut disokong oleh Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial P Waytha Moorthy yang kemudiannya meminta speaker untuk membuat keputusan.

Mohd Salim mengemukakan cadangan itu itu pada sesi soal jawab hari ini.

Beliau meminta soalan tambahan kepada soalan utama yang dibuat oleh Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh yang bertanya tentang inisiatif kerajaan meningkatkan semangat patriotisme dan kasih sayang terhadap negara serta tindakan kerajaan terhadap mereka yang mempersoalkan tugas dan tanggungjawab sultan, polis dan lain-lain.

Syed Ibrahim berkata menunjukkan perasaan cinta kepada negara tidak sepatutnya “bermusim” dan mencadangkan lebih banyak dokumentari serta filem seperti Paskal akan dihasilkan.

Waytha Moorthy memberitahu Parlimen yang kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

“Kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya. 

Tinggalkan komen anda