‘Azmin boleh hadir acara Bersatu tapi ahli parti nilai kesetiaan’


shadow

Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mengambil serius isu timbalannya Mohamed Azmin Ali menghadiri program anjuran Bersatu.

Bagaimanapun katanya ia terpulang kepada ahli-ahli parti untuk menilai kesetiaan pemimpin mereka.

“Dia hadir bila dijemput, kita boleh hadir, tetapi parti dan ahli boleh nilai loyalty pimpinan kepada parti. Saya ingat tidak berbangkit masalah ini,” katanya kepada wartawan di Kuching hari ini.

Anwar diminta mengulas mengenai kehadiran Azmin pada satu majlis untuk memperingati ulang tahun ketiga penubuhan Bersatu Khamis lalu.Iklan

Anwar turut ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu untuk mempertimbangkan sekiranya Azmin mengemukakan permohonan menyertai parti itu.

Tanpa menjawab soalan berkenaan, Anwar berkata pemimpin lain dari partinya turut hadir pada majlis berkenaan.

“Masa perhimpunan agung Bersatu saya pun hadir, bukan baru ini la.

“Jamuan ini saya tak pasti saya dapat jemputan tetapi tak ada masalah nak hadir, ada pemimpin (PKR) lain saya ingat Shamsul (Iskandar) hadir. Tapi dia, orang tak pandang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan Pakatan Harapan (PH) di Sarawak dalam menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2021.

Beliau menasihati ahli akar umno memberi tumpuan kepada kebimbangan rakyat seperti kos sara hidup, kebajikan, perumahan, pendidikan dan kemudahan asas.

Tinggalkan komen anda