Zulkifli saksi pernikahan Erra Fazira


shadow

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menyaksikan majlis pernikahan individu bernama Erra Fazira dengan pasangannya pagi ini.

Bagaimanpun jelas Zulkifli, wanita itu bukanlah seorang pelakon popular yang dikenali dan kebetulan memiliki nama sama.

Jelasnya, beliau sendiri pada mulanya menyangka wanita itu adalah pelakon filem Sembilu.“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.

Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulisnya di hantaran Facebook miliknya sebentar tadi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan komen anda