Diberhentikan kerja, ibu tunggal jual nasi lemak dengan troli


shadow

Setiap hari pelbagai cerita kita dengar mengenai kesusahan yang melanda ramai rakyat Malaysia akibat pandemik Covid-19. Kehilangan punca pendapatan dan bagaimana meneruskan kehidupan keluarga antara yang paling menyedihkan.

Kita semua terkesan dengan penularan virus ini namun mereka yang benar-benar menerima tempiasnya adalah golongan yang kurang berkemampuan. Tanpa mengira kaum dan agama, sebagai rakyat Malaysia kita harus membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.

Ibu tunggal ini begitu gigih mencari rezeki dengan menjaja di sekitar Taman Desa.

Mariamma atau Mary, 45 hilang pekerjaan sebagai pencuci pejabat di awal penularan pandemik Covid-19 lagi. Apa yang memburukkan keadaan, syarikat tersebut terpaksa ditutup.

Meneruskan kehidupan, Mary mula berniaga buah potong di sebuah restoran mamak berdekatan namun, pulangan yang tidak seberapa agak berat buat ibu tunggal ini untuk menyara anak-anak dan ibu yang tinggal bersama.https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.421.0_en.html#goog_237117676about:blankhttps://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.421.0_en.html#goog_2056432003about:blankhttps://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.421.0_en.html#goog_281442026about:blankhttps://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.421.0_en.html#goog_317323334about:blankhttps://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.421.0_en.html#goog_2114683236about:blankhttps://50821a8863ee04fb34f4b6923038669a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

“Saya kemudian mencari kerja sebagai tukang cuci pejabat di banyak tempat tetapi tiada satu pun yang berjaya atas alasan pandemik Covid-19.

“Kemudian, ibu saya memberi idea untuk memulakan perniagaan sendiri. Kemudian saya terfikir untuk menjual nasi lemak dan di situlah saya bermula,” ujarnya yang tinggal di rumah pangsa Jalan Jugra.

Setiap hari dia bangun seawal 3 pagi untuk menyiapkan nasi lemak dan mee hoon goreng. Jam 5.30 pagi, juadah tersebut sudah siap dibungkus dan bersedia untuk dijual. Dia kemudian mengisinya ke dalam troli dan mula keluar berniaga pada jam 6.30 pagi.

“Nasi lemak miss? Hanya RM2 saja” begitulah gaya Mary setiap kali menghampiri pelanggan untuk menjual nasi lemaknya.https://50821a8863ee04fb34f4b6923038669a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Memasak sambal yang menjadi kegemaran pelanggannya.

“Apabila memulakan perniagaan tiga bulan lalu, saya menjual 29 paket nasi lemak dan 10 paket mee hoon goreng setiap hari. Selepas itu ia meningkat kepada 40 paket nasi lemak setiap hari.

“Pelanggan sukakan sambal saya, malah ada yang turut membantu dengan menyiarkan tentang kelazatan nasi lemak saya di media sosial menjadikan lebih banyak pesanan saya terima,” ujarnya.

Dia tiada tapak untuk berniaga, gerainya hanya sebuah troli yang penuh dengan nasi lemak yang masih hangat.

“Rakan-rakan dan pelanggan saya selalu berkata, mereka tidak pernah melihat orang menjual nasi lemak dalam troli dan sayalah orang yang pertama,” ujar Mary sambil ketawa kecil.

Setiap hari Mary akan membawa turun troli dan nasi lemaknya menuruni tangga dari tingkat 4.

Jika dilihat, berniaga menggunakan troli seperti satu idea menarik namun usahanya setiap hari membawa turun troli dan nasi lemak dari tingkat empat menggunakan tangga agak sukar sebenarnya.

Menurut Mary, berniaga dengan menolak troli juga ada kelebihannya, di mana dia tidak perlu menunggu pelanggan di satu tempat sahaja tetapi dia boleh berjalan lebih jauh di sekitar Taman Desa, iaitu kawasan tempat tinggalnya.

Namun, oleh kerana berdiri hampir lima jam setiap hari dan tanpa kasut yang sesuai, menjadikan kakinya membengkak dan sakit.

Menurut Mary, jika bernasib baik, dia boleh mendapat sehingga RM80 dari jualan paginya. Tetapi ibu tunggal ini tidak berhenti di situ, setelah kembali ke rumah dan membersihkan diri dia kemudian akan ke restoran mamak berdekatan untuk menjual buah potongnya pula sehingga jam 5 petang.

Bercerita mengenai kehidupannya, Mary berkata, “Suami saya meninggal enam tahun lalu kerana sakit jantung. Sekarang, anak yang berusia 20 tahun turut menerima nasib seperti saya kerana diberhentikan kerja kerana Covid-19 dan kini dia masih berusaha mencari kerja.

“Dulu, masa kedua-dua anak perempuan saya bekerja, hidup kami tidaklah sesusah sekarang. Jika anak saya mendapat kerja semula, pastinya hati saya lebih tenang dan saya boleh berehat dan mengubat kaki saya yang bengkak ini,” jelas Mary penuh harapan.

Namun, hari ini dia harus terus mencari rezeki, perbelanjaan bulanannya sebanyak RM1,000 dan sewa rumah sebanyak RM700 perlu dicari setiap bulan.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keluarga ini terpaksa melalui kehidupan yang sangat sukar di mana ada kalanya mereka tiada wang untuk membeli makanan namun jiran-jiran banyak membantu.

Mary bercita-cita untuk membuka sebuah gerai menjual roti canai, nasi lemak dan mee goreng pada waktu pagi. Pada waktu petang dia ingin menjual nasi campur. “Sekarang ini saya sedang menabung untuk mendapatkan lesen membuka gerai,” ujar Mary.

Namun, kerisauan mula bertapak apabila diberitahu pihak berkuasa bahawa agak sukar untuk mendapatkan lesen penjaja dalam keadaan korona virus ini.

“Saya benar-benar berharap, pandemik ini akan berakhir dengan cepat. Walaupun perayaan Deepavali tidak lama lagi tetapi di masa yang sukar ini, kesihatan perlu diutamakan. Pakailah penutup muka setiap kali anda keluar dan ikutlah SOP.

“Semua orang sedang menghadapi saat yang sukar sekarang ini tetapi jika anda melihat sesiapa yang membuka perniagaan, berilah sokongan kepada mereka,” pinta Mary.

Sebelum memulakan jualan di tempat lain, Mary akan berada di hadapan Public Bank di Taman Desa menunggu pelanggan.

Anda boleh bertemu dengan Mary bersama troli nasi lemaknya berjalan sekitar Taman Desa dari 6.30 pagi hingga 11 pagi dengan nasi lemak RM2.

Untuk membuat pesanan, anda boleh menghubungi Mary di talian 017-3949800.-FMT

Tinggalkan komen anda