“Hubungi rakan artis minta tolong…” – Ramai tertanya-tanya nasib Benjy di penjara seberang


shadow

Menjalani hukuman di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia, sejak 2017 atas kesalahan memiliki dadah, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah nasib terkini pelakon, Benjy.

Prihatin dengan nasib Benjy, pihak SENIMAN meluahkan rasa bimbang mengenangkan nasib anak bintang veteran, Allahyarham Azean Irdawaty, yang menjalani hukuman di negara lain.

Kutip dana untuk Benjy

Terdahulu, pada Disember 2018, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi pernah melawat Benjy di penjara berkenaan dan ada memberi sedikit sumbangan.

Zed Zaidi berkata, kali terakhir bertemu bertemu Benjy pada 2018, dia mengalami masalah kesihatan. Benjy menghidap penyakit asma yang kritikal dan batuk tanpa henti.

Telefon minta tolong

Malah, apa yang lebih merisaukan Zed adalah apabila mendapat tahu, Benjy menghubungi rakan-rakan artis di Malaysia meminta tolong.

“Benjy ada menghubungi rakan-rakan artis meminta pertolongan. Jadi, ramai yang membuat aduan kepada kami, Disebabkan itulah, kami lancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas untuk Benjy sejak dua tahun lalu…”

Benjy disyaki memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian duburnya. Pada 18 Oktober 2017, Benjy dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Sumber : Berita Harian

Tinggalkan komen anda