Azwan Ali Tak Mahu Berubah, Tak Akan Berhenti Mencarut


shadow

Meskipun usianya kini sudah menganjak 54 tahun, pengacara sensasi Azwan Ali berkata usia semakin meningkat bukan alasan untuk dia berubah daripada terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada individu tertentu.

Menurutnya, dia hanya bersikap sedemikian atas beberapa sebab sahaja dan kepada mereka yang layak menerima makiannya. Katanya lagi, meskipun sudah berada di penghujung usia dia akan tetap bermulut lancang.

“Umur bukan penghalang, Diva mengeluarkan kata-kata bisa hanya untuk mereka yang selayaknya! Walaupun aku bertongkat nak tunggu masuk kubur pun… aku akan hamun kau!…” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azwan meluahkan rasa syukur produk minyak angin Diva See My Level keluarannya berjaya mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

Katanya lagi, minyak yang dikeluarkan itu ditujukan khas kepada haters yang tidak pernah berhenti mengecam.

Tinggalkan komen anda