“Sajat Lebih Bahaya Dari Covid-19, Tolonglah Jakim Ambil Tindakan”


shadow

Beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat susulan tindakannya memuat naik video dan gambarnya hanya memakai bikini yang didakwa netizen agak seksi dan keterlaluan.

Selain Pencetus Ummah (PU) Amin menyeru netizen supaya memboikot usahawan itu, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri merayu agar pihak JAKIM dan PDRM segera mengambil tindakan agar perbuatan keji itu tidak diteruskan.

“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!

“Mabrurah sangat umrah yang kamu buat sebelum PKP haritu ye? Sampai bila kamu nak menunjukkan asset-aset palsu milik kamu?

“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN , kemudian PH dan sekarang PN untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia,” tulisnya.

PU Syed turut menyifatkan Sajat lebih bahaya dari COVID-19 dan berharap pihak berkenaan selesaikan isu tersebut dengan segera. PU Syed turut meminta agar semua memboikot produk dan perniagaannya untuk memberi pengajaran kepadanya.

“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini. Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama

“Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu. Wajib Boikot produk-produk miliknya.

“Ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan! Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda