15 Tahun Jaga Isteri Lumpuh, Edika Yusof Tak Layak Terima BPN


shadow

Sebelum ini beberapa pelakon veteran berkongsikan nasib mereka yang tidak layak mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Nampaknya, aktor terkenal pada era 90-an, Edika Yusof turut menerima nasih sama.

Difahamkan, Edika kini hanya bergantung harap dengan punca rezeki sebagai pelakon semata-mata. Sebelum ini, kisah Edika menjadi perhatian terpaksa meninggalkan kerjaya untuk menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 15 tahun lalu.

Susulan pendedahannya itu, ada netizen yang berseloroh bertanyakan lokasi percutian luar negara Edika tahun hadapan. Komen netizen itu dibalas tenang oleh Edika yang mengatakan 15 tahun dia menjaga isteri lumpuh dan tidak langsung ke luar negara.

Rata-rata peminat menasihati Edika supaya membuat permohonan rayuan yang boleh dibuat sama ada di portal rasmi BPN atau kaunter-kaunter LHDN berhampiran.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat kemungkinan besar permohonan pelakon berusia 53 tahun itu ditolak adalah kerana dia mempunyai perniagaan sendiri.

Edika yang sebelum ini pernah popular menerusi filem Maria Mariana mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga isterinya, Norhidayah.

Tinggalkan komen anda