Dapat Kebenaran Polis Bergerak Ketika PKP, Ebit Lew Teruskan Kerja Amal


shadow

Hangat diperkatakan apabila Ustaz Ebit Lew membuat keputusan untuk berhenti daripada mengagih bantuan kepada mereka yang memerlukan sementara waktu selepas dipanggil oleh pihak polis selepas menerima aduan daripada individu tidak dikenali.

Bagaimanapun, hari ini Ustaz Ebit kembali meneruskan kerja amal selepas diberi kebenaran oleh pihak polis untuk bergerak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit kembali menjalankan misi kemanusiaan dan turut dikongsikan menerusi Facebook rasminya. Ustaz Ebit mengatakan dia terus ke Baling, Kedah selepas bersahur untuk membantu sebuah keluarga susah yang sudah setahun tinggal di dalam kebun getah.

Perkongsian Ustaz Ebit itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang gembira dan meluahkan rasa syukur pendakwah bebas itu kembalinya mengulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Malah, ramai yang mendoakan agar segala urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan dirahmati, Tidak kurang juga ramai yang berhadap semoga perjuangan pendakwah itu akan berterusan meskipun sering dikecam dan dihina.

Tinggalkan komen anda