“Itu Pentingnya Simpan Duit, Kami Tak Ada Beg Mahal”


shadow

Masih hangat diperkatakan mengenai isu segelintir artis meminta agar pihak kerajaan tidak meminggirkan golongan artis yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, Sharifah Sakinah turut memberikan reaksi berhubung isu berkenaan.

Sakinah berkata dia dan beberapa rakan artis lain tidak memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak di saat-saat negara berdepan krisis genting ini kerana mereka hidup bersederhana dan pentingnya untuk mempunyai duit simpanan.

“Alhamdulilah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal, kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi. Ramai artis yang dah derma diam diam tapi korang tak tahu.

“Ramai yang mengambil kesempatan dengan content spill the tea artis, ramai yang sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi),” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata dalam keadaan sekarang semua orang perlu tahu peranan mereka masing-masing dan menjaga antara satu sama lain kerana ini baru dugaan kecil yang Allah berikan tapi masing-masing sibuk bergaduh.

“Tak kisah la siapa pun anda B40, T20, PN atau PH, bangsa Melayu, China, Johor, Kadazan, kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. Kita sentiasa perlukan antara satu sama lain.

“Semoga Allah maafkan kita semua, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta,” katanya.

Perkongsian Sakinah itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu. Malah, netizen juga berharap kita sebagai rakyat Malaysia bersatu ketika menghadapi bencana yang melanda.

Tinggalkan komen anda