Bertahun kahwin tiada cahaya mata, Irwansyah dan isteri buat rawatan IVF


shadow

Selepas berkahwin selama sembilan tahun dan pelbagai usaha dilakukan bagi memperoleh zuriat, pasangan pelakon Indonesia iaitu Irwansyah dan Zaskia Sungkar akhirnya mencuba rawatan bayi tabung uji atau IVF.

Terbaru menerusi laman Instagram, Irwansyah berkongsi sekeping gambar di sisi isterinya yang sudah bersedia bagi melakukan rawatan berkenaan di sebuah hospital di Jakarta.

“Bismillah hari ini tindakan OPU (Ovum Pick Up), mohon doa teman-teman,” tulisnya.

Posting dimuat naik semalam itu dipenuhi komen rakan selebriti dan peminat mereka yang mendoakan agar pasangan tersebut dipermudahkan segala urusan.

Bismillah…

Semoga berjalan lancar!

Moga2 berhasil buat kamu berdua

Terdahulu, Zaskia bertemu seorang doktor perubatan berkaitan dengan proses IVF dan meluahkan rasa syukur apabila mendapat giliran bagi melakukan rawatan tersebut.

Sumber : Irwansyah , Zaskia Sungkar

Tinggalkan komen anda