Tangguh Hasrat Berdakwah, Bob Lokman Masuk Hospital Semula Selepas 2 Hari Keluar


shadow

Hasrat pelakon dan penulis lirik popular Bob Lokman untuk kembali berdakwah terpaksa dilupakan apabila dia dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu selepas mengadu sesak nafas.

Bob dimasukkan ke Hospital UiTM, Sungai Buloh, Selangor pada 7 Februari lalu, dua hari selepas dia dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

Sebelum itu, Bob dimasukkan ke hospital sama sejak 19 Januari lalu akibat masalah air berlebihan dalam badan selain ada alahan ubat di bahagian kaki.

Isterinya, Relawati Daud, 42, berkata selepas dua hari pulang dari hospital, Bob mengadu sesak nafas dan terpaksa dimasukkan ke wad semula untuk rawatan.

“Sepatutnya dia akan meneruskan kuliah dan berdakwah di Terengganu semalam. Bagaimanapun, tempatnya terpaksa digantikan ustaz lain. 

“Selepas keluar dan betul-betul sihat baru boleh buat jadual kuliah baru. Dia kena berehat dulu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan Bob ketika ini, Bob berkata, keadaan suaminya semakin baik.

“Alhamdulillah, dia sudah stabil. Insya-Allah dalam sehari dua ini dia boleh keluar,” katanya.

Penderitaan Bob turut mendapat perhatian rakan-rakan artis antaranya pemain gitar kumpulan Kristal, Rody yang meluangkan masa untuk melawatnya.

Sumber: Harian Metro

Tinggalkan komen anda