Teman lelaki ubah sikap Janna Nick jadi lebih manja sejak bercinta


shadow

Siapa yang tidak mengenali pelakon wanita popular iaitu Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali sebagai Janna Nick yang kini sedang hangat dilamun cinta.

Baru-baru ini, pelakon yang berusia 24 tahun itu telah berkongsi sebuah suntingan video yang memaparkan aksi bersama teman lelakinya di laman Instagram.

“Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku. Yes I’ve changed a lot! Sekasar-kasar, sejantan-jantan perempuan, dah more feminine, manja teruk tapi dengan @dinischatzmann je lah,” katanya.

Menurut pelakon drama Syurga Nur itu, tahun 2019 benar-benar menjadikan dia seorang perempuan yang bersikap romantis.

Dahulu dia merupakan seorang yang kasar dan ganas namun setelah menemui pasangannya iaitu Dini Azan Schatzmann, dirinya mula berubah sedikit demi sedikit.

Tambah Janna Nick, teman lelakinya itu seorang yang sopan santun, penyayang dan juga penyabar telah membuatkan dirinya berubah menjadi seseorang yang lebih baik.

Ternyata posting berkenaan mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji bahawa mereka sememangnya pasangan yang secocok dan sepadan.

Perfect together sis!

Anak sis pun sama dah berubah sejak kenal someone

Cepat2 kahwin! Kami tak sabar

Sweet! Selalu tgk Janna kemain kasar tp skrg..

Aku tengok video ni pun dah tersenyum weh!

Semoga kekal bahagia sampai jinjang pelamin!

Tahniah sis Janna! Dulu kemain ganas macam jantan tup tup sekarang dah pandai dah nak cantik-cantik. Apa pun semoga bahagia sampai syurga ya dengan pasangan.

Sumber : Janna Nick

Tinggalkan komen anda