Mahu Terjun Balkoni, Netizen Minta Safiey Illias Tak Buat Kerja Bodoh


shadow

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai usahawan kosmetik, Safiey Illias. Ogos tahun lalu, Safiey menjalani pembedahan membuang payudara buat kali kedua dan meluahkan tentang kepayahan hidupnya selepas pembedahan tersebut.

Selepas itu, satu demi satu ujian menimpanya termasuklah kehilangan kawan dan pekerja serta kes pecah amanah oleh pekerja yang Safiey sangat percaya yang juga merupakan rakan baiknya.

Terbaru, perkongsian Safiey di Instagram mengejutkan ramai apabila status yang dimuat naiknya seolah-olah sudah putus harapan dan mahu membunuh diri dengan melompat dari balkoni rumahnya.

Rata-rata netizen yang bimbang dengan keadaannya menasihatinya agar sentiasa ingat Allah dan tidaka membuat kerja bodoh seperti itu. Ramai netizen mengatakan itu adalah cubaan membunuh diri dan gejala tekanan perasan.

Dalam pada itu, ada segelintir menyifatkan status Safiey itu hanya gimik murahan untuk meraih perhatian untuk mernaikkan jualan produk atau mungkin kerana perniagaannya kini bermasalah.

Diharap Safiey segera dapatkan bantuan jika mengalami masalah emosi atau tekanan perasaan bimbang perkara buruk akan terjadi. Sebagai orang beragama Islam, apa sahaja dugaan yang menimpa berbaliklah pada Allah.

Tinggalkan komen anda