Coach Yin Mengamuk Sajat Tayang Teman Lelaki Baru Kacak?


shadow

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan kosmetik, Nur Sajat memuat naik posting mendakwa telah dipukul oleh seseorang dan memberitahu seluruh badannya lebam-lebam.

Pelbagai spekulasi timbul apabila Sajat dan kekasihnya, Coach Yin memuat naik status di Insta Story seolah mereka berdua sedang bergaduh, malah Coach Yin turut memuat naik kenyataan balas seakan ada kaitan dengan kejadian pukul tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka sama ada benar-benar putus atau hanya gaduh manja sahaja. Bagaimanapun, semalam Sajat dilihat ada memuat naik video mesranya bersama seorang lelaki merupakan kekasih baru.

Bukan calang-calang kekasih baru Sajat, kacak orangnya. Difahamkan kekasih baru Sajat itu dari Lebanon dan merupakan seorang model terkenal serta peserta Mr Photogenic Lebanon 2019.

Hampir tiga tahun bercinta, Coach Yin terkejut apabila Sajat sudah bertemu pengganti malah mengatakan selama ini dirinya telah ditipu. Coach Yin berkata sebelum ini Sajat menafikan tidak mengenali lelaki tersebut tetapi rupanya lelaki itu adalah kekasih barunya.

Meskipun kecewa, namun Coach Yin memberitahu dia pun sudah mempunyai kehidupannya sendiri kini lebih bahagia dengan hidup solo.

Tinggalkan komen anda