“Anda Bukanlah Sempurna Sangat, Saya Boleh Je Bantai…”


shadow

Tahun lalu menyaksikan pelbagai kontroversi terpalit Fathiya Latiff sehingga ada yang mendakwa dirinya mempunyai masalah mental. Sempena tahun 2020 ini, Fathia berharap ada sinar baru untuk dirinya terus berada dalam industri seni tanah air.

Sering menjadi mangsa kecaman netizen, Fathia mengakui dia kini lebih matang berdepan dengan netizen. Kata Fathia lagi, netizen yang mengkritiknya tidaklah sempurna mana.

“Kalau mereka (netizen) boleh cakap, saya pun boleh cakap balik pada mereka juga. Anda (netizen) siapa sebenarnya, anda pun bukanlah sempurna sangat.

“Saya boleh je bantai anda semula. Tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi tak boleh keterlaluan dan melampaui batas juga,” katanya kepada Media Hiburan.

Jika anda mengikuti Instagram Fathia, pasti tahu bahawa pelakon itu masih lagi menutup ruangan komen pada setiap gambarnya. Fathia berkata dia lebih selesa apabila ruangan komen ditutup bagi mengawak dirinya sendiri.

“Sekarang ini saya lebih selesa tutup ruangan komen di Instagram untuk mengawal diri sendiri.

“Dalam masa sama, sebenarnya bosan juga berbuat demikian, tetapi demi kerja. Apa-apa yang melibatkan kerja, saya akan berkongsi di Instagram,” katanya.

Tinggalkan komen anda