Penyampai radio Suria FM dan juga pelawak terkenal, Issey fazlisham telah selamat bergelar suami kepada pasangannya Noor Aimi Jamel dengan sekali lafaz.
Selamat bernikah
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32 telah memilih seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak untuk menjadisuri dihatinya. Issey yang juga merupakan duda sebelum ini menyatakan bahawa telah mengenali isterinya sejak dibangku sekolah lagi.
Dihadiri orang terdekat
Majlis yang berlangsung dengan penuh ketenangan ini diadakan di Calamaya Garden , Kota Bharu Kelantan dengan dihadiri sahabat handai dan juga saudara-mara kedua-dua belah pihak.
Issey telah memberikan sebentuk cincin dan senaskah al-Quran sebagai mas kahwin kepada Aimi serta dinikhakan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim.

Masing-masing pernah berkahwin
Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita dari Kelantan namun perhubungan mereka tidak bertahan lama selepas mengambil keputusan untuk berpisah.
Manakala Aimi pula sudahdua tahun kematian suami dan memiliki tiga orang anak asil perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber : Ain Sufiaa, SuriaMalaysia
Tinggalkan komen anda