Tamat konsert Mentor, Ernie Zakri tunai umrah dengan keluarga


shadow

Penyanyi bersuara merdu Ernie Zakri berangkat ke Tanah Suci Makkah pada awal pagi tadi untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarganya.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia mengambil peluang untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya sekira terdapat kesalahan yang dilakukan selama ini.

“Assalamualaikum. Ernie sekeluarga akan berangkat ke Mekah hari ini.

“Ernie ingin mohon maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja.

“Doa Ernie agar anda semua dapat dijemput kesana satu hari nanti. InshaaAllah. Sayang semua,” katanya.

Penyanyi lagu Aku Cinta itu mengambil kesempatan untuk menjadi tetamu Allah meskipun sibuk menguruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Posting berkenaan telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat penyanyi terbabit ketika berada di sana.

Selamat menunaikan ibadah

Semoga selamat pergi & balik

Semoga dipermudahkan urusan

Semoga dapat umrah mabrur

Selamat tunaikan umrah sis!

Hati-hati kat sana nanti!

Bestnya dapat jejak kaki kat sana! Dengan family pulak tu. Semoga Ernie dan sekeluarga diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan umrah. Selamat pergi dan balik!

Sumber : Ernie Zakri

Tinggalkan komen anda