Pernah merosot sebab berita palsu, sos Aminah Hassan bangkit di pasaran


shadow

Pernah menjadi pilihan utama pengguna satu ketika dahulu, tetapi produk hasil tempatan sos berjenama Aminah Hassan sudah jarang terdapat di pasaran kedai runcit atau pasar raya besar.

Baru-baru ini, pihak pengurusan tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan lebih terperinci mengenai status jenama produk tersebut.

Menurut posting yang dimuat naik di Facebook itu, syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd yang menghasilkan sos berkenaan tidak pernah dijual atau dibeli oleh mana-mana pihak.

Malah syarikat yang bertapak di Klang, Selangor itu terpaksa memberhentikan pengeluaran seketika setelah mengalami kemerosoton jualan tidak lama dahulu.

Tindakan itu dilakukan apabila terdapat dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan telah dijual kepada syarikat lain sehingga tidak mendapat sambutan pembeli.

Kini tanpa menoleh ke belakang, syarikat yang diterajui Noor Aini Hassan dan suaminya Zainal Abidin Abdullah kembali membangunkan semula jenama tersebut demi permintaan orang ramai.

Untuk makluman, syarikat terbabit diusahakan oleh anak-anak Allahyarhamah Aminah dan Allahyarham Hassan sendiri dari awal penubuhan pada tahun 1979 hingga kini.

Sumber : Facebook

Tinggalkan komen anda