Merogol & Sebar Video Seks, 2 Bintang K-Pop Dipenjara 6 Tahun


shadow

Tak tahulah bintang K-pop ni ramai peminat ke tidak. Tapi lepas dia buat perkara ni, ada ke lagi yang minat bintang K-pop ni? Korang mesti tahu tentang apa yang terjadi dekat Jung Joon-young dan bekas FT Island, Choi Jong-hoon yang kini dijatuhkan hukuman penjara lima hingga enam tahun atas kesalahan merogol secara beramai-ramai .

Tidak cukup dengan merogol, Joon Young juga dikatakan telah menyebarkan video seks tersebut tanpa kerelaan mangsa. Menurut laporan Allkpop, kejadian ini berlaku semasa parti di Hongcheon dan Daegopada pada tahun 2016 bulan Januari dan Mac.

Pertuduhan ini dikuatkan lagi apabila ada bukti fail suara yang menunjukkan mereka berbual sebagai bahan jenaka dan telah merakam secara rahsia serta turut memberikan dadah kepada mangsa.

Sementara itu, sabitan ke atas Jung juga termasuk perbuatannya mengedarkan secara haram klip-klip video mangsa lain yang didapati dalam 11 majlis yang berbeza termasuk merakam tanpa pengetahuan pasangan ketika melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Hukuman dijatuhkan kepada mereka selepas Jung mengaku bersalah mengedarkan video terbabik, namun mendakwa hubungan seks yang dilakukan adalah di atas kerelaan mangsa.

Bagaimanapun, mahkamah menolak dakwaan tertuduh dan tidak mendedahkan identiti mangsa untuk melindungi peribadi mereka.

Sumber: Allkpop

Tinggalkan komen anda